Pelawaan Kepada Ibu Bapa Sebagai Petugas Kejohanan Olahraga Tahunan SIS Kali Ke-48 Tahun 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Makluman kepada semua ibu/bapa pelajar-pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh.

Dimaklumkan bahawa, Sekolah Izzuddin Shah merancang untuk mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan SIS kali ke-48 pada 14 April 2018.

Pihak sekolah bersama-sama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SIS dengan berbesar hati ingin melibatkan dan mempelawa ibu bapa secara langsung sebagai petugas seperti pengadil balapan atau tugas-tugas lain mengikut kemahiran masing-masing.

Sehubungan itu, kepada ibu/bapa yang berminat untuk membantu sebagai petugas di kejohanan tersebut, sila berhubung dengan Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Izzuddin Shah iaitu Puan Shahbanun binti Budin di talian 012-562 6289.

Semoga dengan penglibatan ibu/bapa pada Kejohanan kali ini akan merapatkan hubungan di antara ibu/bapa, pihak sekolah, PIBG dan anak-anak SIS.

Penglibatan ibu/bapa adalah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *