Penangguhan Sesi Persekolahan Sepanjang SUKMA XIX Perak 2018

Dimaklumkan bahawa, Sukan Malaysia (SUKMA) XIX 2018 akan diadakan di Negeri Perak pada 12 hingga 22 September 2018. Hari pertandingan akan diadakan bermula 8 September 2018. Sebanyak 29 acara sukan akan dipertandingkan di 12 daerah seluruh negeri Perak. Majlis perasmian pembukaan akan diadakan pada 11 September 2018 dan penutup pada 22 September 2018.

Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh telah terpilih sebagai salah satu lokasi penginapan di daerah Kinta yang akan menempatkan seramai 580 orang atlit dan pegawai di asrama pelajar SIS.

Persediaan awal dan pembersihan asrama pelajar akan dilaksanakan seminggu sebelum SUKMA dilangsungkan.

Sehubungan dengan itu, sesi persekolahan di SIS adalah ditangguhkan dalam tempoh tersebut dan semua pelajar dikehendaki pulang ke kediaman masing-masing pada  Khamis  30 Ogos 2018 dan kembali ke asrama pada hari Selasa 25 September 2018.

LOKASI PENGINAPAN SUKMA XIX PERAK 2018

Sumber: https://sukma2018.perak.gov.my

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *