Perhatian kepada semua ibu bapa dan pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS).
Sebagaimana semua sedia maklum, semua pelajar SIS telah diarah pulang pada 30 Ogos 2018 yang lalu akibat wabak MUMPS dan SUKMA XIX Perak 2018.
Dimaklumkan bahawa, semua pelajar dikehendaki kembali ke sekolah mengikut ketetapan tarikh dan masa seperti berikut:
Tarikh: 25 September 2018 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, SIS
Tujuan: Saringan MUMP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Sehubungan itu, semua pelajar diWAJIBKAN HADIR MENGIKUT MASA YANG DITETAPKAN bagi melancarkan proses saringan.
Kepada pelajar yang telah dikesan menerima jangkitan semasa berada dikampung pula, hanya perlu kembali ke sekolah apabila telah benar-benar sihat bagi mengelakkan wabak berterusan.
Sekian, terima kasih.
Comments
Apa yang akan berlaku jika saya terlewat menghantar anak saya ke sekolah (atas sebab yang tidak dapat dielakkan)
Tuan boleh berhubung terus dengan Ketua Warden, Cikgu Mohd Hafiz Omar Baki di talian 012-4326267