Selamat Datang Tuan Pengetua & PK Pentadbiran

Seluruh warga Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Tuan Pengetua Sekolah Izzuddin Shah yang baharu, Al-Fadhil Ustaz Faiz bin Muhammad Rafaai.

Ustaz Faiz mua berkhidmat sebagai Pengetua di SIS pada 1 November 2018 memiliki Sarjana (Master) Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) UPM, Sarjana Muda Pengajian Islam (Pendidikan Al-Quran dan Sunnah) dengan kepujian UKM dan Diploma Pendidikan (kepujian) UKM. Beliau sebelum ini merupakan Pengetua Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong.

Warga SIS juga mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Ahmad Tazally Bin Mohamad Zain, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SIS yang baharu yang mula berkhidmat pada hari yang sama. Cikgu Tazally sebelum ini berkhidmat di Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA).

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan ke SIS akan dapat meneruskan visi & misi SIS seterusnya membantu SIS ke arah matlamat tertinggi.

Tahniah.

 


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *