IPOH, 14 Mac – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 telah diumumkan di seluruh negara hari ini.
Seramai 108 orang murid Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh telah mengambil peperiksaan ini tahun lalu. Daripada jumlah tersebut, 13 orang telah mendapat keputusan yang cemerlang (8A – 11A) dan menunjukkan peningkatan pelajar cemerlang berbanding tahun 2017. Gred Purata Sekolah (GPS) yang dicapai adalah 3.31.
Secara keseluruhan, seorang calon mendapat 11A, 2 orang 10A, 9A (4), 8A (6), 7A (11), 6A (15), 5A (7), 4A (18), 3A (9), 2A (18), 1A (9) dan tiada A (8).
Bagi mata pelajaran yang diambil, terdapat peningkatan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah.
Berikut adalah senarai nama pelajar cemerlang SIS, SPM 2018.
- Muhammad Nabil Bin Muhd Nazhan – 11A
- Afifhadi Bin Marjohan – 10A
- Syed Amir Hamzah Bin Syed Karin – 10A
- Imad Muhammad Bin Uzair – 9A
- Hilman Hakim Bin Ahmad Sabri – 9A
- Syed Amir Hakim Bin Syed Karin – 9A
- Muhammad Harith Bin Radzi – 9A
- Alif Haiqal Bin Masrudin – 9A
- Muhammad Ilham Bin Ashri – 8A
- Muhammad Abdul Muiz Bin Suhaimi – 8A
- Muhammad Izzudin Bin Zainol Abidin – 8A
- Muhammad Luqmanulhakim – 8A
- Muhammad Arif Akmal Bin Muhd Asri -8A
Seluruh warga SIS mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM SIS 2018, pentadbir, guru-guru dan ibu bapa pelajar.
Semoga kecemerlangan SIS dapat diteruskan dan dipertingkatkan pada masa-masa akan datang.