Tag Archives: SPM

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM, STPM 2018 Dan Peperiksaan Akhir Tahun

Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas Syariah, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018 yang bermula pada Selasa 13 November 2018. Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan agar semua calon diberikan ketenangan …

Majlis Solat Hajat , Bacaan Yasin & Mohon Restu Sempena SPM & STPM

Majlis Solat Hajat , Bacaan Yasin & Mohon Restu Sempena Peperiksaan SPM & STPM yang akan bermula pada hari Selasa 13 November 2018 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 12 November 2018 (Isnin) Masa: 8.30 pagi Tempat: Musalla Al-Azam, Sekolah Izzuddin Shah. Sehubungan itu semua ibu-bapa calon SPM & STPM, AJK PIBG dan guru-guru SIS dijemput hadir. Sekian terima kasih.

Program Pecutan Akhir SPM 2018

Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang akan bermula kira-kira 42 hari lagi, Sekolah Izzuddin Shah telah mengatur Program Pecutan Akhir SPM 2018 yang diadakan setiap hari bermula 1 Oktober 2018 hingga 7 November 2018 melibatkan semua mata pelajaran dan kelas SPM SIS 2018. Sepanjang tempoh tersebut, semua kelas akan mengikuti jadual anjal waktu persekolahan bermula pukul 3.30 petang …

Keputusan SPM SIS 2017 Meningkat

IPOH, 15 Mac – Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Izzuddin Shah (SIS) bagi tahun 2017 yang diumumkan hari ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2016 dengan memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 3.14 berbanding 3.19 pada tahun 2016. Seramai 89 calon SIS telah mengambil SPM pada tahun 2017. Seorang calon telah memperolehi keputusan 10A, 2 orang mendapat 9A, 8A tujuh …

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM, STPM 2017 Dan Peperiksaan Akhir Tahun

Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas Syariah, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2017 yang akan bermula beberapa hari lagi iaitu pada Isnin 6 November 2017. Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan. Didoakan …

Program Ceramah Motivasi, Akujanji Dan Solat Hajat Pelajar PT3, SPM dan STPM

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Sukacita dimaklumkan, Program Akujanji Dan Solat Hajat Pelajar PT3, SPM dan STPM Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh akan diadakan seperti berikut. Tarikh : 21 September 2017 (Khamis) Masa : 12.00 tengahari – 2.00 petang Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi , SIS dan Musalla Al-Azam, (Solat Hajat) Sehubungan itu, semua ibu/bapa/waris calon peperiksaan …