Program Pecutan Akhir SPM 2018

Menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang akan bermula kira-kira 42 hari lagi, Sekolah Izzuddin Shah telah mengatur Program Pecutan Akhir SPM 2018 yang diadakan setiap hari bermula 1 Oktober 2018 hingga 7 November 2018 melibatkan semua mata pelajaran dan kelas SPM SIS 2018.

Sepanjang tempoh tersebut, semua kelas akan mengikuti jadual anjal waktu persekolahan bermula pukul 3.30 petang sehingga 5.00 petang dan bersambung 8.15 – 9.45 malam termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum. Guru-guru SPM Sekolah Izzuddin Shah sangat komited dalam memastikan anak-anak pelajar SIS mendapat segala tunjuk ajar dan seterusnya diharapkan dapat memperolehi kejayaan cemerlang yang disasarkan.

Selamat Maju Jaya kepada semua calon SPM SIS 2018.

Berikut adalah Jadual Penuh Program Pecutan Akhir SPM 2018, Sekolah Izzuddin Shah.

MUAT TURUN JADUAL


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *