SIS Merangkul Pingat Emas Di Bangkok IPITEX 2020

Sekolah Izzuddin Shah Ipoh sekali lagi mencipta nama di peringkat antarabangsa buat kali kedua berturut-turut di Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition 2020 (IPITEX 2020) apabila memenangi lima pingat di pertandingan inovasi tersebut yang berlangsung di Bankok Thailand pada 2 hingga 6 Februari 2020.

Lebih manis apabila tahun ini SIS memperolehi satu Pingat Emas melalui inovasi AI-Math Super Solver iaitu satu aplikasi telefon pintar yang mampu menyelesaikan soalan kompleks Matematik Tambahan merangkumi 100 topik tertentu. Pelajar hanya perlu mengimbas soalan sahaja dan jalan penyelesaian akan dipaparkan pada skrin telefon. Aplikasi ini juga mampu menyelesaikan soalan berbentuk graf.

Selain itu, SIS juga memenangi dua Pingat Perak melalui inovasi Smart Mirror dan Fleming Left Hand Rule Mit. inovasi Rocket Launcher dan Multistetionary pula memenangi Pingat Gangsa.

Seramai tiga orang pelajar SIS yang menyertai pertandingan inovasi ini iaitu Saudara Muhd Aiman bin Malib tingkatan 5 Ibnu Sina, Saudara Muhd Amirul Ezmeer bin Mohd Razali dan Saudar Faris Haziq bin Zuraini kedua-duanya daripada tingkatan 4 Ibnu Sina. Pasukan ini diiringi dan dibimbing oleh guru Sains SIS Encik Idris Bin Abdul Talib.

Usaha, masa, tenaga dan wang ringgit yang dilaburkan bermula sejak dua tahun lepas akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.

Pada tahun 2019, SIS memenangi 3 pingat iaitu 2 Perak dan 1 gangsa (https://sekizzuddinshah.edu.my/2019/02/09/sis-memenangi-2-perak-dan-1-gangsa-di-bangkok-ipitex-2019/)

Seluruh warga Sekolah Izuddin Shah mengucapkan TAHNIAH dan semoga kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada seluruh warga SIS untuk mencipta kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *