SIS Memenangi 2 Perak dan 1 Gangsa di Bangkok IPITEx 2019

BANGKOK, 6 Feb – Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS) telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila memenangi tiga pingat pertandingan inovasi di 2019 Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2019) yang berlangsung di Bangkok Thailand pada 1 hingga 6 Februari 2019.

SIS yang menghantar tiga hasil ciptaan iaitu A Water Flow-Based Demonstration Kit For Teaching And Learning Of A Transistor, Rocket Laucher dan Multistationary telah disertai oleh guru Sains/Fizik SIS Cikgu Idris Abd Talib dan 3 orang pelajar tingkatan empat Sekolah Izzuddin Shah Saudara Muhammad Aiman Malib, Saudara Nik Ahmad Daniel Zafran & Saudara Mohammad Ammar Haziq.

Penyertaan SIS buat julung kalinya ini telah menghasilkan dua pingat Perak bagi Demo Transistor dan Rocket Launcher manakala Multistationary memperoleh pingat gangsa.

Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Dan Pendidikan Islam, Luar Bandar Dan Pembangunan Usahawan Negeri, YB Tuan Haji Asmuni Bin Awi yang juga merupakan Alumni SIS dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Izzuddin Shah atas bantuan kewangan yang diberikan bagi membolehkan guru dan pelajar SIS menyertai pertandingan ini di Bangkok.

Semoga kejayaan ini akan terus memberikan semangat kepada Guru dan pelajar-pelajar seterusnya menjadi pemangkin kepada warga SIS yang lain untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Untuk rekod, Cikgu Idris Talib sebelum ini pada tahun 2018 merupakan Ketua Guru Bidang Sains dan Matematik dan baru-baru ini (November 2018), beliau telah memenangi Science Education Award 2018 oleh Malaysia Toray Science Foundation (MTSF) melalui pengajaran sains menggunakan Ten In One Electronic Experimental Kit.

Tahniah diucapkan.

Cikgu Idris Abd Talib Ketika Menerima Anugerah Daripada MTSB Nove 2018 yang lalu
Cikgu Idris Abd Talib Ketika Menerima Anugerah Daripada MTSB November 2018 yang lalu

Lihat Kiriman


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *