Pendaftaran Pelajar Tingkatan 2,4 & 5 Sesi Persekolahan Tahun 2019

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2,4 & 5 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2019

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran pelajar Tingkatan 2, 3 & 5 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 1 Januari 2019 (SELASA)
Masa: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah

3. Semua pelajar Tingkatan 2, 3 & 5 dikehendaki melaporkan diri pada tarikh dan masa di atas. Pelajar-pelajar TIDAK DIBENARKAN masuk ke asrama sebelum pendaftaran dibuat.

4. Sila jelaskan yuran sebagaimana seperti dilampiran. Bagi pelajar yang masih ada tunggakan Yuran Tahun 2018, tuan/puan dikehendaki menjelaskan tunggakan yuran tersebut sebelum sesi persekolahan 2019 bermula. Sila jelaskan tunggakan yuran di pejabat sekolah. Jika tuan/puan gagal menjelaskan Tunggakan Yuran Tahun 2018, anda tidak dibenarkan mendaftar sehingga yuran dijelaskan.

Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah.

(FAIZ BIN MUHAMMAD RAFAAI)
Pengetua,
Sekolah Izzuddin Shah,
Ipoh

 

SENARAI YURAN BAGI SESI PERSEKOLAHAN TANUN 2019

Comments

  1. Zuraini bin zakaria

    As Salam
    Kearah meningkatkan gred Keputusan PT3 dan SPM 2019, saya pohon pihak sekolah bentangkan kepada pihak ibubapa Akan perancangan dan roadmap yg Akan dilakukan pihak sekolah….
    Sekian
    Terima kasih

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *