Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2019 – TELAH DITUTUP

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS).

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2019 TELAH DITUTUP. boleh dibuat secara dalam talian bermula pada tarikh keputusan UPSR 2018 diumumkan pada 29 November 2018 hingga 9 Disember 2018 di laman web berikut:

https://digital.perak.my/sman

https://mohon.sekizzuddinshah.edu.my

 

TARIKH PENTING

Tempoh Permohonan : 29 Nov hingga 9 Dis 2018
Semak Status : 13 Dis 2018 (Mulai pukul 12.00pm)
Tarikh Temuduga: 15 hingga 17 Dis 2018
Status Keputusan: 28 Dis 2018 (Tertakluk kepada pindaan)

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 3A 3B dalam UPSR 2018
  2. Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 4B dalam UPKK 2017
  3. Menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2018 atau peperiksaan lain yang setara

 

CARA-CARA MEMOHON

  1. Daftar sebagai pengguna dengan KLIK DI SINI
  2. Isi borang permohonan dalam talian dengan LOGIN DI SINI
  3. Ikuti arahan seterusnya

 

PERINGATAN PENTING

Borang permohonan online boleh diisi sehingga 9 Disember 2018 dan hendaklah dicetak dan dihantar bersama-sama dokumen sokongan selewat-lewatnya 10 Disember 2018 ke:

Tingkat 7, Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Islam Perak
Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jln Panglima Bukit Gantang Wahab
30000, Ipoh, Perak.

Dokumen-dokumen yang diperlukan:

  1. Borang online yang dicetak
  2. Salinan Surat Beranak
  3. Salinan Mykid/Mykad ( sekiranya ada)
  4. Salinan keputusan UPSR
  5. Salinan keputusan SRAI / yang setara ( sekiranya ada)
  6. Salinan keputusan UPKK

 

Borang permohonan hendaklah disahkan oleh guru besar dan semua dokumen hendaklah disahkan terlebih dahulu.

 

BANTUAN TEKNIKAL

Sebarang masalah teknikal, sila hubungi :

  • KPerak INC Corporation
  • Telefon : 05-526 1881
  • E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com

 

SENARAI SEKOLAH

BIL SEKOLAH

KURIKULUM

1 Sekolah Izzuddin Shah (Lelaki)

Kurikulum Arus Perdana

Kurikulum Bersepadu Dini

2 Sekolah Raja Perempuan Taayah (Perempuan)
3 Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (Lelaki & Perempuan)
4 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Manjung (Lelaki)

Kurikulum Arus Perdana

Kurikulum Bersepadu Tahfiz

5 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kuala Kangsar (Lelaki)
6 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (Lelaki)
7 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Tapah (Perempuan)
8 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kerian (Perempuan)

“CALON-CALON YANG MEMENUHI SYARAT AKAN DIPANGGIL MENDUDUKI UJIAN KHAS HAFAZAN AL-QURAN (LISAN)”

 

Dikemaskini: Selasa 29 November 2018

Comments

    1. Post
      Author
  1. ROSLAINI BINTI AWANG CHIK

    KAMI TINGGAL DI KUALA LUMPUR. ANAK SAYA BERMINAT DENGAN SEKOLAH AGAMA. PEPRIKSAAN UPKK 7A1B.
    UPSR DIA TIDAK CEMERLANG. 2B2C2D. TAPI SAYA INGIN MENCUBA NASIB UNTUK MENGHANTARNYA KEMANA2 SEKOLAH AGAMA BERASRAMA KERANA MINAT ANAK KE ARAH INI.
    MOGA ANAK SAYA DI BERI PELUANG.

    1. Post
      Author
  2. NATRAH BT FAHRUL RADZI

    Assalamualaikum..
    sy ingin mndaftarkn ank sy di sek ini, tp sy cuba login x dpt utk masukkn id pengguna… mcm mn ya..

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
  3. Muhammad Rasulan Bin Md Firdaus

    As salam.. Anak sy peroleh psra jaid jidan dan upkk 6A 2B ,cuma keputusan upsr dia lulus dan hanya perolehi 1A..adakah layak utk beliau mohon ke masukan tingkatan 1 sekolah ini.. Harap maklum.. Sy tinggal di shah alam, selangor.

    1. Post
      Author
  4. Fatin dalila

    Salam,sy ingin mendaftar anak saya,setelah masukkan nama pemohon dan no mykad,diberitahu no mykad telah wujud.sila bantu.terima kasih

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
  5. Sarinah

    Assalammualaikum.. saya dah daftar pengguna … saya tak tak perasan ada paparan pasword… lepas tu saya daftar semula… tapi tak boleh nak daftar sbb nama dan nombor dah difartarkan… jadi saya tak boleh nak buat permohonan.. sebab tak de password..macam mana ye..

    1. Post
      Author

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *