Assalamualaikum.
Makluman ibu bapa/ penjaga murid tingkatan 4,
Merujuk kepada surat yang telah dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertarikh 6 Julai 2020 berkenaan Pembukaan Semula Sekolah, ibu bapa/ penjaga diminta untuk menghantar anak tuan/puan kembali semula ke sekolah pada 19 Julai 2020 (Ahad) ini seperti ketetapan masa berikut:
TINGKATAN 4 :
(Blok Tarmizi – senarai bilik ditampal di pintu bilik/dinding blok)
- 4 SINA 2.00 ptg – 3.00 ptg
- 4 RUSHD 3.00 ptg – 4.00 ptg
- 4 KHALDUN 4.00 ptg – 5.00 ptg
- 4 NAFIS 5.00 ptg – 6.00 ptg
Taklimat wajib kepada semua pelajar Tingkatan 4 oleh warden bertugas di musolla jam 6.00 ptg
Murid dan ibu bapa/ penjaga diingatkan untuk mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Garis Panduan:
- Hanya pelajar dan seorang penjaga (ibu/ bapa/ waris) dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.
- Sila patuhi waktu yang ditetapkan untuk mengelakkan berlaku kesesakan.
- Murid yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama.
- Saringan kesihatan akan dilakukan semasa pendaftaran di pintu pagar masuk sekolah. Murid yang didapati mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke atas atau bergejala, dinasihatkan untuk dibawa pulang oleh ibu bapa/ penjaga.
- Tiada lawatan oleh ibu bapa/ penjaga pada hujung minggu kecuali hal-hal kecemasan.
- Murid tidak dibenarkan outing (aktiviti keluar) dan pulang bermalam.
- Jika murid bergejala sewaktu sesi persekolahan, pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa/ penjaga.
Garis panduan ini diguna pakai sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.
Makluman tambahan:
- Pelajar yang kembali ke asrama/sekolah perlu mematuhi peraturan sekolah yang ditetapkan; termasuklah tidak membawa telefon bimbit/sebarang peranti elektronik serta telah memotong rambut pendek dan kemas mengikut garis panduan pelajar sekolah oleh pihak KPM.
- Pelajar diminta membawa bersama buku teks, buku kerja dan buku latihan.
- Ibubapa sangat digalakkan utk membekalkan anak-anak dengan ‘face mask’ dan ‘sanitizer’.
- Pelajar diminta untuk membawa sejadah sendiri.
Bagi pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3, tarikh kembali ke asrama adalah pada 3 Ogos 2020 (Ahad) dengan SOP yang akan ditentukan kelak.
Pelajar-pelajar dibenarkan untuk pulang bercuti Aidil Adha pada hari Rabu 29 Julai 2020 selepas waktu persekolahan dan kembali ke asrama pada 3 Ogos 2020 (Ahad).
Sekian, Terima Kasih.
PENGETUA
SEKOLAH IZZUDDIN SHAH