KUALA LUMPUR, 31 Mac – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) yang merupakan wakil tunggal negeri Perak dalam Pertandingan Pidato Piala Tuanku Kurshiah Peringkat Kebangsaan 2018, telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kelab Pidato Perdana dan Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah diadakan pada 29 hingga 31 Mac 2018 di Universiti Malaya Kuala Lumpur.
Pemidato SIS, Saudara Harith Imtiaz (tingkatan 5 Ibnu Nafis) yang bertanding dengan 36 peserta yang lain daripada 27 buah sekolah 12 negeri di seluruh Malaysia telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut.
Johan pertandingan adalah peserta daripada Maktab Sultan Ismail, Kelantan dan Naib Johan peserta daripada SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor.
Seluruh warga SIS mengucapkan tahniah dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga SIS untuk meneruskan kecemerlangan sama ada akademik, ko-akademik mahupun ko-kurikulum di peringkat yang tertinggi.
Berikut adalah senarai sekolah yang menyertai pertandingan tersebut:
- Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh Perak
- SMK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur
- SMK Tun Aminah, Johor
- SMK (P) St. George, Pulau Pinang
- Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
- SBPI Gombak, Selangor
- SMK Abdul Jalil, Selangor
- SMK I.J. Convent, Johor Bahru
- SMK Sultan Badlishah, Kedah
- SMK Sultanah Asma, Kedah
- SM. Sains Selangor, Selangor
- SMK (P) Temenggong Ibrahim, Johor
- Maktab Sultan Ismail, Kelantan
- SMK Seri Bentong, Pahang
- SBPI Rawang, Selangor
- SMK Kota Samarahan, Sarawak
- Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
- SAM Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Selangor
- SMK Al-Irshad, Pulau Pinang
- SMK Meru, Selangor
- SM. Sains Sultan Mohamad Jiwa, Kedah
- SMA Bandar Tenggara, Johor
- SM Sains Hulu Selangor, Selangor
- SM Sains Kuala Terengganu, Terengganu
- SMK Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
- SMK Subang Utama, Selangor
- SMK Munshi Abdullah, Melaka