Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2018

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS).

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2018 boleh dibuat secara dalam talian di laman web berikut selepas keputusan UPSR 2017 diumumkan.

Syarat-syarat permohonan:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 2B dalam UPSR 2017
  2. Memperolehi sekurang-kurangnya 5A 3B dalam UPKK 2016 
  3. Menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2017

“CALON-CALON YANG MEMENUHI SYARAT AKAN DIPANGGIL MENDUDUKI UJIAN KHAS HAFAZAN AL-QURAN (LISAN)”

Berikut adalah senarai Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri Perak

  1. Sekolah Izzuddin Shah (Lelaki)
  2. Sekolah Raja Perempuan Taayah (Perempuan)
  3. Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (Lelaki & Perempuan)
  4. Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Manjung (Lelaki)
  5. Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kuala Kangsar (Lelaki)
  6. Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (Lelaki)
  7. Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Tapah (Perempuan)
  8. Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kerian (Perempuan)

 


Comments

  1. Puan Suzana Salleh

    Anak saya menduduki UPKK sahaja dengan mendapat 8A..tetapi tidak menduduki SRAI..adakah dia layak utk memohon kesek agama negeri perak..terima kasih

    1. Pengurus Web

      Puan,

      Terima kasih kerana berminat untuk mendaftarkan anak ke Sekolah Izzuddin Shah/SMAN Perak. Untuk makluman puan, Syarat dan Pemilihan ke SIS dan SMAN adalah ditentutkan oleh Jabatan Agama Islam Perak dan bukan pihak sekolah.

      Walau bagaimanapun, puan boleh sahaja cuba memohon apabila permohonan dibuka nanti walaupun tidak menduduki SRAI atau mungkin ada menduduki PSRA dari negeri2 lain.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *