Festival Nasyid Kebangsaan 2018 – SIS (Perak) Naib Johan

Kumpulan Nasyid Sekolah Izzuddin Shah, Soutul Faizin yang mewakili negeri Perak dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2018 telah memenangi Naib Johan dalam kategori Sekolah Menengah.

Pengiktirafan buat julung kalinya yang diberikan kepada Soutul Faizin untuk mewakili negeri Perak pada tahun ini membuahkan hasil yang amat membanggakan.

Pertandingan kali ke-12 ini telah diadakan di Universiti Malaysia Perlis pada 6 – 7 Julai 2018.

 

Soutul Faizin juga telah menerima Anugerah Lirik Kontemporari Terbaik dalam pertandingan tersebut.

Tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini dapat diteruskan dan menjadi pemangkin kepada warga SIS yang lain untuk mengangkat SIS ke matlamat yang tertinggi.

Berikut adalah Keputusan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah (FNSS) KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2018

SEKOLAH MENENGAH

JOHAN – SELANGOR
N.JOHAN – PERAK
KETIGA – KEDAH

Solo Terbaik – SARAWAK
Lirik Tradisional Terbaik – MELAKA
Lirik Kontemporari Terbaik – PERAK
Lagu Tradisional Terbaik – SELANGOR
Lagu Kontemporari Terbaik -WP KUALA LUMPUR
Persembahan Terbaik – SELANGOR

SEKOLAH RENDAH

JOHAN – SARAWAK
N.JOHAN – JOHOR
KETIGA – SELANGOR

Solo Terbaik – WP PUTRAJAYA
Lirik Tradisional Terbaik – JOHOR
Lirik Kontemporari Terbaik – SABAH
Lagu Tradisional Terbaik – SARAWAK
Lagu Kontemporari Terbaik – SARAWAK
Persembahan Terbaik – SARAWAK

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *