Mesyuarat JK PIBG SIS Sesi 2017-2019 Bil. 2/2017

JUMAAT, 7 Julai – Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SIS Sesi 2017-2019 bil. 2/2017 telah diadakan malam ini di Bilik Mesyuarat Lama SIS.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP PIBG SIS, Tn. Hj. Dzohiri b. Abdul Samad bersama Penasihat PIBG Tn. Hj. Omar bin Bakar yang juga merupakan Pengetua SIS.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan usaha-usaha PIBG dalam membantu pihak sekolah terutamanya untuk meningkatkan prestasi (kurikulum dan kokurikulum) dan sahsiah pelajar-pelajar SIS.

Program-program yang dibincangkan dan dipersetujui untuk diadakan di antaranya adalah:

  1. Program Peningkatan Akademik PT3 dan SPM – SIS Mumtaz 2017 (Bidang Sains dan Matematik) yang akan diadakan pada 21 – 23 Julai 2017 (PT3) dan 4 – 6 Ogos 2017 (SPM) di Institut Kemajuan Pekebun Kecil (IKPK) Padang Rengas, Perak.
  2. Majlis Makan Malam Amal SIS Bersama Timbalan Perdana Menteri bagi membantu pihak sekolah mengumpulkan dana untuk melaksanakan aktiviti kurikulum, kokurikulum dan meningkatkan infrastruktur sekolah.
  3. Pemberian insentif kepada pelajar-pelajar SIS yang akan mewakili negeri Perak dalam Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-18 Tahun 2017. Kejohanan ini akan diadakan di USM Kubang Kerian, Kelantan. Pelajar-pelajar SIS akan mewakili Perak dalam acara bola sepak, bola tampar dan ping pong.

Mesyuarat juga membincangkan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh ibu/bapa/waris pelajar di dalam kumpulan whatsapp ibu bapa.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *