KESSUMA 2018: Perak Menggondol Emas Acara Bola Sepak

Pasukan Perak telah memperoleh pingat emas dalam acara bola sepak dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama (KESSUMA) 2018 yang telah diadakan pada 15-19 Julai 2018 di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.

Seramai 3 orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan seorang bekas pelajar (SIS) iaitu Sdr. Danial Haikal, Haziq Uzair, Luqman Al Hakim dan Ameer Azhad (Bekas Pelajar) merupakan ahli pasukan bola sepak perak. Selain pelajar SIS, pasukan bola sepak perak turut dikuatkan oleh pelajar-pelajar daripada Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Maahad Al-Mizan Manong, Maahad Al-Ummah Chemor, Maahad Ar-Ridhwan Bagan Serai dan Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA), Kampung Gajah.

Selain bola sepak, pasukan Perak juga memperoleh pingat dalam acara-acara berikut:

  • Badminton (Perak)
  • Ping Pong (Perak)
  • Sepak Takraw (Gangsa)
  • Bola Tampar (Gangsa)
  • Badminton (Gangsa)
  • Ping Pong (Gangsa)
  • Memanah (Gangsa)

Perak menduduki tangga ketiga dalam kedudukan pungutan pingat dalam kejohanan tersebut.

Ked Negeri Emas Perak Gangsa
1 TERENGGANU 3 5 0
2 KEDAH 2 0 3
3 PERAK 1 2 5
4 SELANGOR 1 1 4
5 PAHANG 1 1 3
6 W.P 1 1 0
7 JOHOR 1 0 4
8 MELAKA 1 0 0
9 P.PINANG 0 1 1
10 N.SEMBILAN 0 0 0

Kejohanan tahunan ini adalah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan tahun ini Negeri Perak menjadi tuan rumah.

Tahniah diucapkan.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *