اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Peluang untuk menjadi pelajar Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS).
Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Negeri Perak bagi tahun 2019 TELAH DITUTUP. boleh dibuat secara dalam talian bermula pada tarikh keputusan UPSR 2018 diumumkan pada 29 November 2018 hingga 9 Disember 2018 di laman web berikut:
https://digital.perak.my/sman
https://mohon.sekizzuddinshah.edu.my
TARIKH PENTING
Tempoh Permohonan : 29 Nov hingga 9 Dis 2018
Semak Status : 13 Dis 2018 (Mulai pukul 12.00pm)
Tarikh Temuduga: 15 hingga 17 Dis 2018
Status Keputusan: 28 Dis 2018 (Tertakluk kepada pindaan)
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Memperolehi sekurang-kurangnya 3A 3B dalam UPSR 2018
- Memperolehi sekurang-kurangnya 4A 4B dalam UPKK 2017
- Menduduki Peperiksaan Sijil Rendah Agama Islam Perak (SRAI) 2018 atau peperiksaan lain yang setara
CARA-CARA MEMOHON
- Daftar sebagai pengguna dengan KLIK DI SINI
- Isi borang permohonan dalam talian dengan LOGIN DI SINI
- Ikuti arahan seterusnya
PERINGATAN PENTING
Borang permohonan online boleh diisi sehingga 9 Disember 2018 dan hendaklah dicetak dan dihantar bersama-sama dokumen sokongan selewat-lewatnya 10 Disember 2018 ke:
Tingkat 7, Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Islam Perak
Kompleks Islam Darul Ridzuan
Jln Panglima Bukit Gantang Wahab
30000, Ipoh, Perak.
Dokumen-dokumen yang diperlukan:
- Borang online yang dicetak
- Salinan Surat Beranak
- Salinan Mykid/Mykad ( sekiranya ada)
- Salinan keputusan UPSR
- Salinan keputusan SRAI / yang setara ( sekiranya ada)
- Salinan keputusan UPKK
Borang permohonan hendaklah disahkan oleh guru besar dan semua dokumen hendaklah disahkan terlebih dahulu.
BANTUAN TEKNIKAL
Sebarang masalah teknikal, sila hubungi :
- KPerak INC Corporation
- Telefon : 05-526 1881
- E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
SENARAI SEKOLAH
“CALON-CALON YANG MEMENUHI SYARAT AKAN DIPANGGIL MENDUDUKI UJIAN KHAS HAFAZAN AL-QURAN (LISAN)”
Dikemaskini: Selasa 29 November 2018
Comments
saya ingin mendaftarkan anak saya
Dialu-alukan dan semoga berjaya tuan.
KAMI TINGGAL DI KUALA LUMPUR. ANAK SAYA BERMINAT DENGAN SEKOLAH AGAMA. PEPRIKSAAN UPKK 7A1B.
UPSR DIA TIDAK CEMERLANG. 2B2C2D. TAPI SAYA INGIN MENCUBA NASIB UNTUK MENGHANTARNYA KEMANA2 SEKOLAH AGAMA BERASRAMA KERANA MINAT ANAK KE ARAH INI.
MOGA ANAK SAYA DI BERI PELUANG.
Semoga berjaya puan
Assalamualaikum..
sy ingin mndaftarkn ank sy di sek ini, tp sy cuba login x dpt utk masukkn id pengguna… mcm mn ya..
Puan,
Untuk bantuan teknikal Sila hubungi:
KPerak INC Corporation
Telefon : 05-526 1881
E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
Kalau sekolah rendah di sekolah agama swasta layak memohon atau tidak?
Boleh tuan kalau memenuhi syarat.
MCMANA SAYA NAK DAPATKAN PASWORD UNTUK LOG IN….SAYA DAH DAFTAR
Puan,
Password dihantar melalui e-mel. Jika tidak terima sila hubungi:
KPerak INC Corporation
Telefon : 05-526 1881
E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
As salam.. Anak sy peroleh psra jaid jidan dan upkk 6A 2B ,cuma keputusan upsr dia lulus dan hanya perolehi 1A..adakah layak utk beliau mohon ke masukan tingkatan 1 sekolah ini.. Harap maklum.. Sy tinggal di shah alam, selangor.
Waalaikumsalam.
Tuan,
Tuan boleh sahaja hantar permohonan tuan. Pemilihan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Perak dan bukan pihak Sekolah.
Salam,sy ingin mendaftar anak saya,setelah masukkan nama pemohon dan no mykad,diberitahu no mykad telah wujud.sila bantu.terima kasih
Puan,
Sila hubungi bantuan teknikal
KPerak INC Corporation
Telefon : 05-526 1881
E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
password tu macam mana eh?
Tuan/Puan,
Password dihantar melalui e-mel. Jika tidak terima sila hubungi:
KPerak INC Corporation
Telefon : 05-526 1881
E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
SALAM,
PEMOHON DARIPADA SELANGOR BOLEH MEMOHON?
Boleh Tuan
Nk tya….. knape nk daftar sebagai pengguna xdpt ya. Ank sya nk sngt masuk sekolah ni….kami tinggl kt ulu kinta..peperiksaan upkk 6A2B,srai 3A3B Dan upsr 2B4C
Tuan,
Sila hubungi bantuan teknikal
KPerak INC Corporation
Telefon : 05-526 1881
E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
bolehkah borang permohonan &dokumen yg diperlukan dihantar melalui pos?
Boleh Puan,
Namun pastikan sampai sebelum tarikh akhir penghantaran dokumen 10 Disember 2018.
Assalamualaikum. Dah daftar pengguna tetapi tak sempat hafal password dah terpadam
Tuan,
Sila hubungi bantuan teknikal
KPerak INC Corporation
Telefon : 05-526 1881
E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
Assalammualaikum.. saya dah daftar pengguna … saya tak tak perasan ada paparan pasword… lepas tu saya daftar semula… tapi tak boleh nak daftar sbb nama dan nombor dah difartarkan… jadi saya tak boleh nak buat permohonan.. sebab tak de password..macam mana ye..
Puan,
Sila hubungi bantuan teknikal
KPerak INC Corporation
Telefon : 05-526 1881
E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
Asslmkm nk tnya hari kn semakkan tu dibuad …..sebb smlm check status dkt situ temudaga/ujian khas..ni tadi semak dkt situ die keluar baru
Puan,
Untuk bantuan teknikal Sila hubungi:
KPerak INC Corporation
Telefon : 05-526 1881
E-mail : perakdigital.kperak@gmail.com
Berapa minit ujian khas hafazan al-quran (lisan) diadakan sebab dalam slip panggilan temuduga tulis masa je tak tulis pun sampai pukul berapa
assalam,
Saya baru sahaja semak permohonan anak saya dia sudah terlepas panggilan temuduga pada 15/12/18. kesilapan saya kerana tidak perasan ketika bercuti di kampung. Masih ada peluang untuk hadir temuduga ke?
Salam,
Saya baru sahaja semak permohonan anak saya dia sudah terlepas panggilan temuduga pada 17/12/18. Sila bantu.terima kasih.
Assalamualaikum
Kalau terlepas untuk buat permohonan ada lagi tarikh untuk rayuan k?
Saya baru sahaja semak permohonan anak saya dia sudah terlepas panggilan temuduga pada 15/12/18.Masih ada peluang untuk hadir temuduga ke?boleh ke buat rayuan?
Assalamualaikum .Saya nak bertanya.Waktu untuk semak berjaya atau pun tidak masuk SMAN selalunya pada pukul berapa?