Cuti Perayaan Aidilfitri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mengikut takwim yang telah dimuat naik di laman web rasmi Sekolah Izzuddin Shah Ipoh dan Jadual Warden bertugas bulan Mei 2019 yang telah dimuat naik sebelum ini, tarikh cuti penggal persekolahan dan Aidilfitri adalah sehingga hari Ahad 9 Jun 2019.

Walau bagaimanapun, merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia, Isnin 10 Jun 2019 adalah ditetapkan sebagai Cuti Perayaan. (https://www.moe.gov.my/index.php/pekeliling/surat-siaran/2291-surat-siaran-bil-10-tahun-2018-takwim-2019/file)

Oleh yang demikian, tempoh cuti bagi SIS adalah sehingga 10 Jun 2019. Pelajar-pelajar dikehendaki kembali ke asrama pada hari Isnin, 10 Jun 2019 sebelum pukul 6 petang.

Sekian terima kasih.


Comments

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *