Program Diskusi Akademik (Temu Waris) Dan Pulang Bermalam

Sukacita dimaklumkan bahawa, ibu/bapa/penjaga/waris pelajar Sekolah Izzuddin Shah dijemput untik menghadiri Program Diskusi Akademik (Temu Waris) yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 29 Jun 2019 (Sabtu), Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari, Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, SIS

Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi anak-anak serta menyampaikan maklumat berkaitan prestasi akademik anak-anak.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan dibenarkan untuk membawa pulang bermalam anak jagaan tuan/puan selepas bertemu guru tingkatan.

Bagi pelajar yang ibu/bapanya tidak hadir ke Program Temu Waris, hanya dibenarkan pulang selepas pukul 12 tengah hari Sabtu 29 Jun 2019.

Pelajar dikehendaki pulang semula ke asrama pada hari Isnin 1 Julai 2019 sebelum 6.00 petang kerana sekolah mengambil cuti peristiwa pada hari tersebut.

Sekian terima kasih.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *