Perak (Soutul Faizin SIS) Juarai Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2019

Kumpulan Nasyid Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh Soutul Faizin sekali lagi mencipta nama di peringkat Kebangsaan apabila mendapat Johan Pertandingan Nasyid Menengah di Festival Nasyid dan Kompang Selawat Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 pada 12-15 Julai 2019 di Hotel Meru Casuarina di Ipoh.

Mewakili Negeri Perak buat kali kedua berturut-turut ini membuahkan hasil yang membanggakan apabila turut dinobatkan anugerah Lagu dan Lirik Kotemporari Terbaik melalui lagu Sumayyah.

Pada tahun lepas, Soutul Faizin memperoleh Naib Johan dalam pertandingan yang sama yang diadakan di Perlis.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga SIS untuk mencapai kecemerlangan di dalam apa jua bindang yang diceburi. Diharapkan kejayaan ini diteruskan di dalam bidang akademik terutamaya 3 orang ahli Soutul Faizin yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Tahniah diucapkan.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *