Gotong Royong Perdana SIS

Dimaklumkan bahawa, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (SIS) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SIS akan mengadakan Gotong Royong Perdana SIS seperti berikut:

Tarikh: 27 Julai 2019 (Sabtu)
Masa: 8.00 – 11.30 pagi
Lokasi : Sekitar Asrama Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh
Pakaian: Pakaian Sukan

Objektif pelaksanaan Program Gotong Royong Ini adalah:
1. Mewujudkan iklim yang kondisif serta identiti asrama sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria;
2. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum;
3. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah;
4. Meningkatkan keperihatinan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan; dan
5. Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.

Aktiviti gotong royong yang akan diadakan adalah seperti berikut:
1. Pembersihan longkang tepi jalan di antara blok asrama Daud dan Muslim.
– melancarkan aliran air dan mengelakkan pembiakan aedes.
2. Pembersihan kawasan ampaian baju di blok asrama Daud dan Muslim.
– membersihkan kawasan ampaian
3. Kawasan lapang di antara blok asrama Majah dan Tarmizi.
– kawasan kosong yang terbiar dan terdapat pokok besar yang perlu dikemaskan.
4. Kawasan belakang blok asrama Bukhari.
– membersihkan persekitaran, memotong rumput yang tebal dan pokok-pokok renek.
5. Kawasan luar asrama perempuan tingkatan 6.
– menebang pokok-pokok liar.
– membersihkan kawasan laluan ke dewan makan.

6. Pembinaan titi batu dari asrama tingkatan 6 ke Dewan Makan.
– terdapat longkang yang perlu dibina titi.
7. Bangunan dalam asrama Tingkatan 6.
– mengecat bahagian dalam asrama.
8. Musollah.
– mengemas persekitaran, pokok-pokok hiasan, sejadah dan sebagainya.
– membersihkan longkang di sekitar musollah.

9. Bilik Asrama.
– Blok Majah (4 dorm), Tarmizi (4 dorm), Muslim (4 dorm) dan Bukhari (8 dorm)
– guru-guru, ibu bapa dan pelajar membersihkan dan menceriakan dorm.

10. Menutup jalan berlubang.
– jalan berlubang di sekitar sekolah akan diturap menggunakan simen.
11. Menutup lantai berlubang di kelas-kelas dan membaiki jubin lantai yang tercabut di hadapan Bilik Guru.
– lantai yang rosak akan ditutup dengan simen bagi mengelakkan kecerderaan.

Sehubungan itu, semua ibu-bapa/penjaga/waris, guru-guru dan pelajar SIS dijemput hadir untuk menjayakan program Gotong Royong Perdana ini.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *