Keputusan SPM SIS 2017 Meningkat

IPOH, 15 Mac – Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Izzuddin Shah (SIS) bagi tahun 2017 yang diumumkan hari ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2016 dengan memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 3.14 berbanding 3.19 pada tahun 2016.

Seramai 89 calon SIS telah mengambil SPM pada tahun 2017. Seorang calon telah memperolehi keputusan 10A, 2 orang mendapat 9A, 8A tujuh orang, 7A 8 orang, 6A 7 orang, 13 orang memperoleh 5A dan 4A, 14 orang memperoleh 3A, 2A 12 orang, 9 orang mendapat 1A dan 3 orang tidak mendapat sebarang A dalam mata pelajaran yang diambil.

Bagi mata pelajaran yang diambil, terdapat peningkatan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Arab, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas dan Fizik.

Manakala bagi mata pelajaran Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia, Biologi, Pendidikan Al-Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah dan Perdagangan terdapat sedikit penurunan.

Tahniah kepada semua calon. Semoga dapat meneruskan kecemerlangan di dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *