Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan November 2018 ini dalam Pertandingan STEM Innovation Challenge 2018 setelah memenangi Naib Johan dalam pertandingan peringkat Zon Tengah yang telah di adakan di Kolej Vokasional Gombak pada 14 Julai 2018 yang lalu. Sebanyak 23 buah Sekolah Zon Tengah telah menyertai pertandingan tersebut.
Objektif pertandingan yang dianjuran oleh Kelab TAHA Tabung Haji dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia ini adalah:
- Untuk meningkatkan penglibatn pelajar berumur 13-15 tahun di dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteran dan Matematik (STEM) agar dapat bersaing dalam ekonomi abad ke-21.
- Mencetus dan menimbulkan minat pelajar generasi baru untuk mempelajari STEM melalui pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar, pembelajaran berasaskan projek, aktiviti yang multi-disiplin dan pembelajaran melalui inkuiri.
- Menyediakan suasana pembelajaran sains yang menyeronokkan lalu mengurangkan ‘anxitey’ terhadap STEM dan seterusnya menyahkan perasaan takut terhadap STEM.
- Meningkatkan kemahiran proses sains, kemahiran abad ke-21, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran penyelidikan pelajar-pelajar.
- Meluaskan pandangan pelajar tentang aplikasi sains dalam kehidupan dan kerjaya dalam bidang sains dan teknologi.
Pengisian program adalah aktiviti pelbagai disiplin berasaskan amali, eksperimen, demontrasi dan pertandingan Bandar Pintar antara sekolah-sekolah di peringkat zon (6 zon) . Lima pemenang di peringkat zon terpilih ke pertandingan akhir peringkat Kebangsaan.
Pasukan SIS telah dibimbing oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik SIS, Encik Idris Abdul Talib.
Tahniah diucapkan dan semoga terus mencapai kejayaan diperingkat kebangsaan pada 9-11 November 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia.