Lawatan Penanda Aras Ke Banda Aceh Darussalam

BANDA ACEH, 18 Mac – Sepuluh orang guru Sekolah Izzuddin Shah (SIS) termasuk Tuan Pengetua dan Penolong-penolong Kanan dan lima orang pelajar SIS telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Banda Aceh Darussalam, Indonesia pada 18 hingga 21 Mac 2018 yang lalu. Rombongan berlepas daripada Lapangan Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang ke Banda Aceh (transit di Medan) pada 18 Mac 2018. …

Keputusan SPM SIS 2017 Meningkat

IPOH, 15 Mac – Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sekolah Izzuddin Shah (SIS) bagi tahun 2017 yang diumumkan hari ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2016 dengan memperolehi Gred Purata Sekolah (GPS) 3.14 berbanding 3.19 pada tahun 2016. Seramai 89 calon SIS telah mengambil SPM pada tahun 2017. Seorang calon telah memperolehi keputusan 10A, 2 orang mendapat 9A, 8A tujuh …

Keputusan STPM 2017

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) 2017 telah diumumkan pada 6 Mac 2018. Seramai 8 calon Sekolah Izzuddin Shah telah menduduki peperiksaan tersebut. Berikut adalah keputusan STPM 2017 SIS: Bil. mendapat 1A : 2 orang Prestasi Nilai Gred Kumulatif (PNGK) : 2.41 Pelajar Terbaik: Siti Nurhafizah Mohd Yusoff (1A,1B+,1B,1B-) – PNGK 3.25 Aida Nasuha Rosli (1A, 1B+, 2B-) – PNGK 3.09 …

SIS Capai Kelulusan 100% I’dadi dan 97% Thanawi 2017

IPOH 20 Feb. – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) Ipoh telah mencapai kelulusan 100% bagi Peperiksaan I’dadi 2017 dan 96.6% bagi Peperiksaan Thanawi 2017 yang telah dijalankan pada 23-26 Oktober 2017 yang lalu. Keputusan ini telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam, Dan Pembangunan, Datuk Dr. Nizar Zakaria hari ini.   Bagi Peperiksaan I’dadi, seramai 127 calon SIS telah …

Notis Mesyuarat Agung PIBG SIS Kali Ke-35 Sesi 2017/2018 – Pindaan Waktu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SIS kali ke-35 akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 16 Mac 2018 Hari : Jumaat Masa : 2.45 petang 10.00 pagi Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah 2.  Agenda mesyuarat : i. Ucapan Pengerusi ii. Ucapan Penasihat iii. Membentang dan mengesahkan Minit …

Pelawaan Kepada Ibu Bapa Sebagai Petugas Kejohanan Olahraga Tahunan SIS Kali Ke-48 Tahun 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Makluman kepada semua ibu/bapa pelajar-pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh. Dimaklumkan bahawa, Sekolah Izzuddin Shah merancang untuk mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan SIS kali ke-48 pada 14 April 2018. Pihak sekolah bersama-sama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SIS dengan berbesar hati ingin melibatkan dan mempelawa ibu bapa secara langsung sebagai petugas seperti pengadil balapan atau …

Hari Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baharu Tingkatan Satu 2018

أهلاً وسهلاً Tahniah dan Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baharu tingkatan satu yang ditawarkan ke Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Sesi Pendaftaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan tahun 2018, Sekolah Izzuddin Shah akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 17 Januari 2018 (Rabu) Masa: 9.00 pagi Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah.   Dimohon semua pelajar untuk melengkapkan dokumen-dokumen …

Selamat Memulakan Pengajian 2018

Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar Sekolah Izzuddin Shah Ipoh bagi sesi persekolahan tahun 2018. Semoga kehadiran kalian semua ke sekolah bermula hari ini (Tingkatan 2,3,5 dan 6 atas), Tingkatan 4 pada 3 Januari 2018 ini dan pelajar-pelajar baharu Tingkatan 1 pada 17 Januari 2017 ini akan memberikan semangat baharu dan keazaman yang lebih tinggi untuk mencapai kecemerlangan sama …

Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan Satu SMAN Perak 2018

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ Makluman kepada pemohon-pemohon yang telah menghadiri temuduga kemasukan ke tingkatan 1, Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak 2018. Semakan tawaran kemasukan boleh dilakukan secara dalam talian bermula hari ini 28 Disember 2017 di: https://egerbang.perak.gov.my/smanjaipk Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya ditawarkan ke Sekolah Izzuddin Shah dan tujuh (7) SMAN Perak yang lain. Seluruh …

Yuran Persekolahan SIS 2018 Dan Pendaftaran Asrama

Makluman kepada semua pelajar Sekolah Izzuddin Shah yang telah mendapat surat tawaran untuk meneruskan pengajian ke tingkatan 2, 3 dan 5  bagi sesi persekolahan tahun 2018. Pendaftaran persekolahan dan asrama bagi sesi 2018 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 1 Januari 2018 (Isnin) Masa: 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah. Sekiranya tidak …

PT3 2017 – 16 Pelajar SIS Mendapat Keputusan Cemerlang

Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2017 telah diumumkan hari ini. Seramai 16 orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah telah mendapat keputusan cemerlang (11A, 10A, 9A dan 8A). Seramai 3 orang pelajar memperolehi 11A, 2 orang pelajar memperolehi 10A, 4 orang mendapat 9A dan 7 orang mendapat 8A. Tahniah diucapkan kepada guru-guru, semua calon PT3 SIS 207 dan ibu bapa. Berikut adalah analisis …