Mesyuarat JK PIBG SIS Sesi 2017-2019 Bil. 3/2017

SABTU, 19 Julai – Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SIS Sesi 2017-2019 bil. 3/2017 telah diadakan petang ini di Bilik Mesyuarat Lama SIS. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP PIBG SIS, Tn. Hj. Dzohiri b. Abdul Samad.

Tujuan utama mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan “Majlis Malam Mahabbah SIS” yang bertujuan untuk mendapatkan dana bagi melaksanakan aktiviti kurikulum, kokurikulum dan meningkatkan infrastruktur sekolah. Majlis ini dirancang akan diadakan pada bulan Oktober 2017. PIBG bercadang untuk menjemput ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak. PIBG akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Jabatan Agama Islam Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak berkenaan perkara ini.

TYDP PIBG SIS, Datuk Zaini Ketika Menyerahkan Kertas Kerja Majlis Malam Mahabbah SIS kepada YAB TPM di Putrajaya baru-baru ini.

Terdahulu, Timbalan Yang Di Pertua PIBG SIS, YBhg. Datuk Ahmad Zaini b. Kamarulzaman pada 11 Ogos telah mengadakan pertemuan dengan YAB Timbalan Perdana Menteri,  Dato’ Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid bin Hamidi. YAB TPM yang merupakan alumni SIS telah bersetuju untuk menjadi penaung Majlis Malam Mahabbah SIS ini.

Mesyarat ini juga membincangkan program-program peningkatan akedemik pelajar SIS dan isu-isu yang dibangkitkan oleh ibu/bapa/waris pelajar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *