Pendebat SIS Johan MIISMAM Kebangsaan 2018

29 Julai, Gemenceh – Pasukan debat Sekolah Izzuddin Shah (SIS) yang mewakili Negeri Perak dalam acara Perbahasan ala parlimen, Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2018 telah dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan negeri Pahang di perlawanan akhir yang diadakan di Maahad Ahmadi, Gemenceh Negeri Sembilan pada Sabtu 28 Julai 2018.

Lebih menggembirakan apabila salah seorang pendebat SIS iaitu saudara Muhammad Hafizudin diumumkan sebagai pendebat terbaik di Majlis Penutup MIISMAM 2018 yang diadakan di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan pada hari berikutnya.

Sebelum itu, pasukan debat SIS telah menewaskan Terengganu diperingkat awal seterusnya Pulau Pinang dan Sabah dalam perlawanan separuh akhir.

SIS diundi sebagai pembangkang dalam kesemua peringkat dengan tajuk perbahasan seperti beikut:

1. Perkembangan potensi pelajar lebih penting daripada penilaian – (Perak lawan Terengganu)
2. Perkhidmatan Penjagaan kesihatan di Malaysia bertaraf dunia – (Perak lawan Pulau Pinang)
3. Ancaman pengganas propaganda kuasa besar dunia – (Perak lawan Sabah)
4. Malaysia sudah cukup demokratik – Akhir (Perak lawan Pahang).

Selain perbahasan, SIS juga mewakili layak mewakili Perak dalam acara Kitab Turath, Perbahasan Bahasa Inggeris dan Tilawah Al-Quran. Walau bagaimanapun, SIS tidak memperoleh tempat tiga terbaik dalam acara tersebut manakala peserta Tilawah Al-Quran SIS terlibat dalam acara yang sama di Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2018 di Batu Pahat Johor pada hari yang sama. Perserta Tilawah SIS mendapat Johan dalam acara tersebut.

Tahniah diucapkan.

Berikut adalah keputusan penuh MIISMAM Kebangsaan 2018

1. Tilawah:

Lelaki
i. Johor
ii. N9
iii. W.P

Perempuan
i. Selangor
ii. Pahang
iii. Perak

2. Hafazan:

Lelaki
i. W.P
ii. Terengganu
iii. Johor

Perempuan
i. Selangor
ii. N9
iii. Terengganu

3. Syarahan BM:

Lelaki
i. Perak
ii. W.P
iii. Johor

Perempuan
i. Selangor
ii. Kedah
iii. N9

4. Syarahan BA:

Lelaki

i. N9
ii. Sabah
iii. Selangor

Perempuan
i. Kedah
ii. Terengganu
iii. Selangor

5. Syarahan BI:

Lelaki

i. Selangor
ii. Kedah
iii. Terengganu

Perempuan
i. N9
ii. Selangor
iii. Terengganu

6. Kitabul Maqal:

Lelaki

i. Melaka
ii. Terengganu
iii. Johor

Perempuan
i. W.P
ii. Selangor
iii. Pahang

7. Khat:

Lelaki
i. Johor
ii. Kedah
iii. Selangor

Perempuan
i. Selangor
ii. Terengganu
iii. Kedah

8. Kitab Turath:

i. Kedah
ii. W.P
iii. Pahang

9. Kuiz Dini:
i. Johor
ii. Perak
iii. Terengganu

10. Bahas ala Parlimen:

i. Perak (Sekolah Izzuddin Shah)
ii. Pahang
iii. Sabah dan Selangor

Pembahas terbaik: Perak

11. Nasyid:

Lelaki
i. Selangor
ii. Kedah
iii. Johor

Perempuan
i. Selangor
ii. Melaka
iii. Perak

Keseluruhan:

i. Selangor
ii. Johor
iii. Kedah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *