Selamat Menjalani Imtihan Syahadah Thanawiah 2018

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada semua pelajar-pelajar tingkatan 4, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Pihak pengurusan sekolah mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan Syahadah Thanawiah 2018 yang akan bermula pada Isnin 22 Oktober 2018.

Sentiasa bermohon dan bermunajatlah kepada Allah s.w.t, agar diberi petunjuk dan kemudahan semasa menjalani peperiksaan.

Didoakan agar semua calon diberikan ketenangan dan petunjuk daripada Allah s.w.t. untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Semoga diberikan kejayaan seperti yang disasarkan seterusnya prestasi Thanawi SIS pada tahun ini akan lebih cemerlang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

. ~ مع التمنيات بالتوفيق والنجاح ~
~ الى الغاية القصوى ~

#SISMumtaz
#Izzuddinshah
#Thanawi2018
#Thanawi
#sekolahizzuddinshah
#menujumatlamattertinggi


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *