Mukhayyam Tahfiz Melabuhkan Tirai

IPOH, 27 Ogos – Pelajar-pelajar tingkatan 1 Sina Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mengikuti Mukhayyam Tahfiz selama tiga hari 2 malam di Masjid Sultan Azlan Shah dekat Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM) dari 25 hingga 27 Ogos 2017. Mukhayyam khas ini diadakan bagi meningkatkan penguasaan al-Quran untuk memudahkan lagi pelajar-pelajar tingkatan 1 Sina untuk menghafaz al-Quran. Kelas 1 Sina …

Kumpulan Nasyid SIS (Soutul Faizin) Juarai Gema Kontemporari Sekolah Menengah Negeri Perak

IPOH, 26 Ogos (Sabtu) – Soutul Faizin, Kumpulan Nasyid Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mendapat Johan dalam Gema Kontemporari Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Negeri Perak yang telah diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan di sini. Naib Johan dimenangi oleh Az-Zahidin (SMKA Slim River) dan ketiga Sofwatunnur (SMKA Sultan Azlan Shah, Bota).  Selain SIS, ia turut disertai oleh 14 sekolah lain …

Pelajar Cemerlang PT3 2016 Diraikan Di Sarawak

Seramai enam (6) orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) yang cemerlang dengan keputusan 11A, 10A dan 9A dalam PT3 2016, telah diraikan oleh pihak sekolah dengan dibawa bercuti melawat negeri Sarawak pada 18 hingga 20 Ogos 2017 yang lalu. Lawatan ini adalah bagi menghargai usaha yang dilakukan pelajar untuk mencapai kejayaan membanggakan malah keputusan PT3 2016 telah meningkat berbanding tahun 2015. …

Ihtifal Ilmi SMA Peringkat Kebangsaan 2017: Pelajar SIS Memperolehi Pingat

Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah mewakili negeri Perak bagi beberapa acara di dalam Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan 2017 yang telah diadakan di Pulau Pinang pada 4 hingga 6 Ogos 2017. Majlis tahunan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun ini diadakan di Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang. Negeri …

Mesyuarat JK PIBG SIS Sesi 2017-2019 Bil. 3/2017

SABTU, 19 Julai – Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SIS Sesi 2017-2019 bil. 3/2017 telah diadakan petang ini di Bilik Mesyuarat Lama SIS. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP PIBG SIS, Tn. Hj. Dzohiri b. Abdul Samad. Tujuan utama mesyuarat kali ini adalah untuk membincangkan “Majlis Malam Mahabbah SIS” yang bertujuan untuk mendapatkan dana bagi melaksanakan aktiviti kurikulum, kokurikulum dan meningkatkan infrastruktur sekolah. …

Ahli Jawatankuasa Baharu Alumni SISTA 2017-2019

CHERAS, 19 Julai (Sabtu) – Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Ta’ayah (Alumni SISTA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2017 Kali Ke-39. Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Masjid Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, Selangor. Mesyuarat yang dihadiri oleh pelbagai lapisan umur dan pangkat oleh “Budak Izzuddin” dan “Budak Ta’ayah” ini telah memilih Ahli Jawatankuasa yang baharu dengan …

Makluman Mukhayyam Khas Tahfiz Tingkatan 1 Sina Sekolah Izzuddin Shah

Assalamualaikum w.b.t. Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk. 2. Mukhayyam tersebut akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 25 – 27 Ogos 2017 ( Jumaat – Ahad ) Tempat : Dewan VVIP, Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh 3. Sehubungan dengan itu, anak tuan telah terpilih untuk mengikuti sepenuh masa mukhayyam tersebut bagi memantapkan penguasaan Al-Quran. Pihak tuan dikehendaki membekalkan jubah …

Tarikh Pulang Ke Rumah: Cuti Pertengahan Penggal ke-2 Dan Pindaan Untuk Bulan September

Untuk makluman ibu/bapa/waris pelajar-pelajar SIS, tarikh pulang ke  rumah pada cuti pertengahan penggal kedua adalah seperti berikut: Tarikh pulang kerumah : 25 Ogos 2017 (Jumaat) Tarikh kembali ke asrama: 3 September 2017 (Ahad) sebelum 6 petang. Bagi pelajar-pelajar tingkatan 1 Sina, tarikh pulang ke rumah adalah pada 27 Ogos 2017 (Ahad) selepas solat zuhur kerana terlibat dengan program Mukhayyam Tahfiz. …

Mesyuarat Agung Tahunan 2017 Alumni SISTA Kali Ke-39 (Persatuan bekas Pelajar Sek. Izzuddin Shah & Sek. Raja Perempuan Taayah)

Sukacita dijemput semua bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SISTA kali ke 39. Tarikh : 19 Ogos 2017 (Sabtu) Atur cara: 8.00 pagi : Pendaftaran & Sarapan 9.00 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan Alumni SISTA Tempat : Dewan Masjid Bandar Tun Hussien Onn, Bandar Tun Hussien Onn, Jalan Suarasa 8/3, …

Mesyuarat Agung Tahunan 2017 KOSISTA Kali Ke-19 (Koperasi Bekas Pelajar SIS & SERATA)

Sukacita dijemput semua bekas pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Bekas Pelajar SIS & SERATA (KOSISTA) kali ke-19. Tarikh : 05 Ogos 2017 (Sabtu) Jam : 9.00 pagi Tempat : Dewan Seruan Persekutuan Seruan Islam Perak, Jalan Seruan, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Kehadiran tuan puan amatlah dialu-alukan dan diharap dapat menguatkan …

Mesyuarat JK PIBG SIS Sesi 2017-2019 Bil. 2/2017

JUMAAT, 7 Julai – Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SIS Sesi 2017-2019 bil. 2/2017 telah diadakan malam ini di Bilik Mesyuarat Lama SIS.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP PIBG SIS, Tn. Hj. Dzohiri b. Abdul Samad bersama Penasihat PIBG Tn. Hj. Omar bin Bakar yang juga merupakan Pengetua SIS. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan usaha-usaha PIBG dalam membantu pihak sekolah terutamanya …

Majlis Bertemu Waris Sekolah Izzuddin Shah

Majlis Bertemu Waris SIS akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 7 Julai 2017 (Jumaat) Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengahari Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah Sehubungan dengan itu, ibu/bapa/penjaga/waris pelajar SIS dijemput untuk hadir berbincang mengenai pencapaian akademik dan sahsiah anak-anak demi kecemerlangan mereka. SEKITAR MAJLIS BERTEMU WARIS SIS PADA 7.7.17 Sedang dikemaskini  

80 Pelajar SIS Sertai Malaysia #QuranHour Di Putrajaya

ISNIN 19 Jun, Seramai 80 orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah telah menyertai Malaysia #QuranHour yang di adakan di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.   Rombongan telah bertolak daripada Ipoh seawal pukul 5 pagi bersama-sama 10 bas rombongan yang lain dari Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah, Kampung Gajah, Sekolah Menengah Raja Perempuan Taayah, Ipoh dan Maahad Tahfiz Negeri Perak. Turut serta …