TINJAUAN PROFIL PENGUNJUNG LAMAN WEB RASMI SIS

Profil Pengunjung: Anda merupakan...

View Results

Loading ... Loading ...


Qari SIS Johan MTQ Sekolah-Sekolah KPM 2018

29 Julai, Batu Pahat – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) mengharumkan negeri Perak apabila dua pelajar SIS yang mewakili negeri Perak dalam Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2018 memenangi acara yang dipertandingkan. Saudara Cik Hasnol Taqiuddin Cik Sazali yang mewakili Perak dalam acara Tilawah Al-Quran Sekolah Menengah (Lelaki) mendapat tempat pertama dengan markah 90% jauh meninggalkan peserta tempat …

Pendebat SIS Johan MIISMAM Kebangsaan 2018

29 Julai, Gemenceh – Pasukan debat Sekolah Izzuddin Shah (SIS) yang mewakili Negeri Perak dalam acara Perbahasan ala parlimen, Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2018 telah dinobatkan sebagai juara setelah menewaskan negeri Pahang di perlawanan akhir yang diadakan di Maahad Ahmadi, Gemenceh Negeri Sembilan pada Sabtu 28 Julai 2018. Lebih menggembirakan apabila salah seorang …

KESSUMA 2018: Perak Menggondol Emas Acara Bola Sepak

Pasukan Perak telah memperoleh pingat emas dalam acara bola sepak dalam Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama (KESSUMA) 2018 yang telah diadakan pada 15-19 Julai 2018 di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak. Seramai 3 orang pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS) dan seorang bekas pelajar (SIS) iaitu Sdr. Danial Haikal, Haziq Uzair, Luqman Al Hakim dan Ameer Azhad …

SIS Naib Johan STEM Innovation Challenge 2018 Zon Tengah – Layak Ke Peringkat Kebangsaan

Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah melayakkan diri ke peringkat Kebangsaan November 2018 ini dalam Pertandingan STEM Innovation Challenge 2018 setelah memenangi Naib Johan dalam pertandingan peringkat Zon Tengah yang telah di adakan di Kolej Vokasional Gombak pada 14 Julai 2018 yang lalu. Sebanyak 23 buah Sekolah Zon Tengah telah menyertai pertandingan tersebut. Objektif pertandingan yang dianjuran oleh Kelab TAHA Tabung Haji …

Festival Nasyid Kebangsaan 2018 – SIS (Perak) Naib Johan

Kumpulan Nasyid Sekolah Izzuddin Shah, Soutul Faizin yang mewakili negeri Perak dalam Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2018 telah memenangi Naib Johan dalam kategori Sekolah Menengah. Pengiktirafan buat julung kalinya yang diberikan kepada Soutul Faizin untuk mewakili negeri Perak pada tahun ini membuahkan hasil yang amat membanggakan. Pertandingan kali ke-12 ini telah diadakan di Universiti Malaysia Perlis pada 6 …

Majlis Yaumul Ulfah (Hari Bertemu Waris) SIS 2018

Perhatian kepada Ibu/Bapa/Penjaga, Pelajar Sekolah Izzuddin Shah (SIS), Ipoh. Dimaklumkan bahawa, Majlis Yaumul Ulfah (Hari Bertemu Waris) SIS 2018 akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh: 7 Julai 2018 (Sabtu) Masa: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran para ibubapa dan penjaga untuk berbincang …

Mesyuarat Agung AlumniSISTA Ke-40 & KOSISTA Ke-20

Dimaklumkan bahawa, Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Taayah (AlumniSISTA) kali ke-40 dan Koperasi AlumniSISTA (KOSISTA) kali ke-20 akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 30 Jun 2018 (Sabtu) Masa: 9.00 pagi Tempat: Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh Jamuan Hari Raya AlumniSISTA juga akan diadakan pada waktu tersebut. Sehubungan itu, semua bekas pelajar Sekolah Izzuddin …

Makluman Waktu Keluar Kawasan Sepanjang Bulan Ramadan

Assalamualaikum w.b.t. Makluman kepada semua pelajar dan ibu bapa. Pelajar-pelajar SIS dibenarkan keluar kawasan ke Bazar Ramadan di Taman Cempaka atau kawasan berhampiran sekolah pada setiap hari Sabtu ATAU Ahad (salah satu sahaja, jika telah keluar hari Sabtu tidak dibenarkan keluar pada hari Ahad). Waktu keluar adalah daripada pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang sahaja. Ibu bapa pelajar juga dibenarkan …

Pindaan Jadual Pulang Ke Kampung Bulan Mei Sempena Cuti Pasca PRU14

Sebagaimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, 10 dan 11 Mei 2018 diisytiharkan sebagai cuti umum setelah keputusan PRU14 diumumkan. Oleh yang demikian, semua pelajar SIS diwajibkan pulang ke rumah bermula pukul 10:00 pagi Khamis 10 Mei 2018 dan kembali ke asrama sebelum pukul 6:00 petang Ahad 13 Mei 2018. Sehubungan itu, tarikh pulang bermalam bagi bulan Mei yang dijadualkan pada …

PRU-14 : SIS Sebagai Pusat Mengundi. Lawatan Ibu Bapa Tidak Dibenarkan

Sebagaimana semua sedia maklum, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan diadakan pada hari Rabu, 9 Mei 2018. Sekolah Izzuddin Shah telah ditetapkan sebagai pusat mengundi bagi Parlimen P.064 – Ipoh Timor dan DUN N.25 – Canning pada hari berkenaan. Sebanyak 3 saluran mengundi disediakan. Hari berkenaan juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh Kerajaan. Walau bagaimanapun, atas faktor keselamatan, Ibu/Bapa/Penjaga …

SIS Menjuarai Semua Acara Dalam MTQ & Festival Nasyid Daerah Kinta Utara 2018

IPOH, 3 April – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) mempamerkan kecemerlangan apabila menjuarai kesemua acara yang dipertandingkan (Kategori Lelaki) dalam Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) dan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara yang diadakan di SMK Kampung Paser Puteh, Ipoh hari ini. Dengan kejuaraan ini, SIS akan mewakili Daerah ke peringkat Negeri dalam semua acara yang dipertandingkan. Berikut adalah Keputusan Rasmi MTQ …

SIS Mendapat Tempat Ke-3 Pidato Piala Tuanku Kurshiah Peringkat Kebangsaan 2018

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Sekolah Izzuddin Shah (SIS) yang merupakan wakil tunggal negeri Perak dalam Pertandingan Pidato Piala Tuanku Kurshiah Peringkat Kebangsaan 2018, telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Pertandingan yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah, Universiti Malaya dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Kelab Pidato Perdana dan Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah diadakan pada 29 hingga 31 …

Permohonan Ke Tingkatan 6 Sekolah Izzuddin Shah

Kepada Lepasan SPM (Lelaki dan Perempuan) dan ingin menyambung pengajian ke Sekolah Izzuddin Shah. Anda dipelawa untuk menyambung pengajian ke Tingkatan 6 (Pra Universiti) di Sekolah Izzuddin Shah. Pakej Mata Pelajaran Pengajian Am Syariah Usulluddin Bahasa Arab MUET Syarat Kelayakan Lulus SPM Dengan: Kepujian Bahasa Melayu Lulus Bahasa Inggeris Lulus Al-Quran As-Sunnah Lulus Syariah Islamiah Lulus Bahasa Arab (Keutamaan yang …